Rabu, 8 Jun 2011

Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Dr Mahathir " BERTAUBAT "


Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” supaya menggunakan sisa-sisa kehidupannya dengan bertaubat atas segala salah laku silamnya.

Karpal berkata Dr Mahathir banyak melakukan kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak melakukan kesalahan kepada negara dan rakyat yang sehingga kini beliau langsung tidak pernah memohon maaf.Menurut Karpal sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.

Di mana Dr Mahathir hendak letakkan mukanya apabila Karpal bangkit menjawab tuduhan Dr Mahathir di dalam blog peribadinya mengenai isu negara Islam. Karpal menyuruh Mahathir bertaubat kerana usianya sudah senja tidak patut campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Mahathir dalam blognya menuduh Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

Menurut Mahathir, PAS sudah pun lari dari perjuangan apabila tidak lagi meletakkan agenda penubuhan negara Islam sebagai matlamat. Tuduhan Mahathir jauh meleset kerana PAS tidak pernah mengubah perlembagaanntanya yang berjuang untuk menegakan Islam dengan dipandu oleg Al Quran dan sunnah Nabi S.A.W.

Mahathirlah sepatutnya belajar Iqra' dan fardhu ain semula kerana terus menerus memusuhi perjuangan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Komen