Jumaat, 2 November 2012

DHPP : PAS beri ruang kaum India bersuara

PERMATANG PAUH: PAS tidak pernah menyisihkan kaum India sejak dahulu malah memberikan mereka bersuara melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang diiktiraf duduk sama rata dengan dewan-dewan dalam PAS.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man ketika berucap pada majlis sempena sambutan Deepavali 2012 di Pasar Awam, Penanti, Bukit Mertajam semalam.

PAS katanya, memberikan hak bersuara dan kaum lain boleh mengemukakan pandangan untuk mengukuhkan PAS sebagai salah sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS tetap mementingkan suara dan pandangan kaum India dan lain kaum dalam negara ini. Justeru itu PAS menubuhkan DHPP supaya kehendak kaum lain juga akan diambil kira dalam pembangunan negara," tegasnya lagi.

Maka, ujarnya menjadi tanggungjawab kaum India untuk meneruskan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana dengan cara itu sahaja dapat menyelamatkan kaum India daripada dianaktirikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sepertimana janji Pakatan Rakyat sambungnya, kaum India yang miskin tetap dipelihara dengan sistem demokrasi dan menentang individu India yang rakus dan mementingkan diri sendiri.

Jelasnya, apabila PAS berjaya mewujudkan DHPP, Umnolah parti pertama yang bimbang pengaruh mereka merosot sekaligus menyukarkan bertahan di kerusi yang ditandingi calon MIC.

"DHPP memang digeruni oleh Umno maka BN sedang mencari kaedah yang membolehkan perpecahan dalaman dengan mempergunakan individu yang kecewa terhadap kebangkitan PAS," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.

Selasa, 30 Oktober 2012

PERWAKILAN-PERWAKILAN KE MUKTAMAR PAS PUSAT 2012 - YANG AKAN DIADAKAN DI PUTIK ,KELANTAN

 TUAN HJ AMIR HAMZAH ( TIMBALAN YDP )
 TUAN HJ KHALID ( AJK )
 US RASHID ( AJK )
 US BADROL ABD RAHMAN ( KETUA URUSAN ULAMA ' )
HJ MOHD ASRE BIN HJ JUSOH ( NAIB YDP )

DALAM MESYUARAT DEWAN HARIAN TELAH MELANTIK NAMA-NAMA DI ATAS SEBAGAI PERWAKILAN PAS KAWASAN PERMATANG PAUH  KE MUKTAMAR PAS PUSAT - DI PUTIK ,
KELANTAN DARUL NAIM - 15,16 & 17 NOV 2012

Bekas Timbalan Menteri Jangka BN tewas PRU 13

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.

20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.

Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.

Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.

Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.

Lajim juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Dan jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi perlimen dari Sarawak.

"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya. -Hrkh

Sabtu, 27 Oktober 2012

IJTIMA' KORBAN - PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

IJTIMA' KORBAN PAS KAWASAN PERMATANG PAUH
TEMPAT : PAS CAWANGAN KUALA MENGKUANG
TARIKH : 27HB OKT 2012 ( HARI RAYA KE 2 )


KETUA URUSAN ULAMA' PAS KAWASAN PERMATANG PAUH
US BADROL ABD RAHMAN TELAH MENYEMPURNAKAN URUSAN PENYEMBELIHAN.
SEBANYAK 2 EKOR PAS KAWASAN TELAH TETAPKAN
KEBANYAKAN YANG MASUK ADALAH DARI YDP HJ OMAR HASSAN HINGGALAH KEPADA AJK PAS KAWASAN PERMATANG PAUH .
PADA MAJLIS YANG SAMA JUGA DATO'SERI ANWAR IBRAHIM MEMBERI 1 EKOR LEMBU UNTUK DI KORBANKAN .


YDP HJ OMAR HASSAN  MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA  EN. ZAIDI DAN SEMUA AHLI PAS CAWANGAN KUALA MENGKUANG DAN PENYOKONG PR YANG SAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS KURBAN INI  .

     PIHAK UNIT AMAL PERMATANG PAUH YANG DIKETUAI OLEH EN BAHARIN TELAH BERSAMA-SAMA DALAM MAJLIS INI . 

ANTARA AJK PAS KAWASAN YG HADIR , ADA LAGI YG TAK SEMPAT AMBIL FOTO

AKHIRNYA SEMUA HASIL DAGING-DAGING TERSEBUT DIBUAT KENDURI DAN DI AGIHKAN KEPADA PENDUDUK SEKITAR KAMPUNG KUALA MENGKUANG .

MENURUT YDP HJ OMAR HASSAN , INSYALLAH  PROGRAM UMPAMA INI AKAN DIJADIKAN SEBAGAI PROGRAM TAHUNAN PAS KAWASAN PERMATANG PAUH. MOGA-MOGA TAHUN HADAPAN PENYERTAANYA BERTAMBAH LAGI .

Sabtu, 20 Oktober 2012

IJTIMA' PAS KAWASAN PERMATANG PAUH- MARKAZ PAS CAWANGAN KUALA MENGKUANG

ZAIDI ( KIRI ) DAN AHLI-AHLI CAWANGAN YANG HADIR

TURUT HADIR PUAN FADZILAH ( KANAN )

ABANG ALI PENUH TUMPUAN

ANTARA WARGA EMAS YANG BERTANYA SOALAN

MUSLIMAT YANG HADIR

YDP PAS KAWASAN HJ OMAR HASSAN ( BELAKANG )

SEMASA MINUM YDP DAN PESERTA IJTIMA'

US AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDEEN- PEBENTANG IJTIMA'
BELIAU MENYENTUH TENTANG DENGAN TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SEBAGAI AHLI PAS DALAM ERA PILIHANRAYA .

Sabtu, 15 Oktober 2011

SULTAN KEDAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGUNG KALI KE -2 14.10.11

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun, demikian lapor Bernama.

Gambar: Kiri, Sultan kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru sementara Sultan Kelantan (sebelah kanan) sebagai Timbalan Yang di-Petuan Agong

Sementara, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ini adalah kali kedua, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong dan merupakan satu sejarah di negara ini kerana sebelum ini belum ada seorang sultan terpilih menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama Sultan Andul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 1970-1975 iaitu Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.

Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.

Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975
6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010
9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.

Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:

1. Negeri Sembilan
2. Selangor
3. Perlis
4. Terengganu
5. Kedah
6. Kelantan
7. Pahang
8. Johor
9. Perak

Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah and Sarawak.

Kuasa sebagai Raja Berperlembagaan

Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah:

1. Melantik seorang Perdana Menteri
2. Menangguhkan pembubaran parlimen
3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

UCAPAN SULTAN BRUNEI TENTANG HUKUM ISLAM