Isnin, 27 Disember 2010

PERTANDINGAN BOLASEPAK PIALA YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

JOHAN - PEMUDA TO' KUN FC NAIB JOHAN - CARRIBEAN KULIM

TEMPAT KE TIGA -RANTAU PANJANG BERSATU FC

TEMPAT KE EMPAT - BANDAR PERDA FC

PASUKAN JOHAN & N. JOHAN BERGAMBAR SEBELUM PERLAWANAN AKHIR BEMULA

PENGADIL MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA PIHAK PENGANJUR

SETIAUSAHA PENERANGAN MENDAPAT TAKLIMAT DARIPADA PENGADIL

MC DIJEMPUT KHAS DARI PAKATAN RAKYAT
SAUDARA JAMSARI SAMAD

TUAN HJ AMIR HAMZAH
NAIB YDP PAS KAWASAN TURUT HADIR

MOHAMAD ZAMANI ABDULLAH
PENGURUS PASUKAN BANDAR PERDA

URUSETIA PROGRAM

SAUDARA SHABUDDIN DOK PILIH BOLA

SETIAUSAHA MANSOR & AJK PENERANGAN ZAHIR

YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH
TUAN HAJI OMAR HASSAN
==============================================================

Seberang Jaya 25hb Dis 2010 Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala Yg Dipertua PAS Kawasan Pmtg Pauh.Kejohanan ini diadakan secara tahunan yg bermula pada tahun lepas yg dianjurkan oleh...Lajnah Penerangan Pas Kawasan Permatang Pauh yg diterajui oleh Hj Mohamad Asre Bin Jusoh.

Penganjur memilih cuti Hari Natal yg diadakan di Kompleks Sukan Sony,Sbg,Jaya. Ianya bermula dari jam 8.30 pagi yg dirasmikan oleh YDP Pas Kawasan Permatang Pauh iaitu Hj Omar Bin Hassan.Dalam Ucapan Hj Omar menekankan tujuan program ini diadakan ialah untuk menghimpun pemuda-pemuda supaya mendekati dengan program sukan , dengan secara tidak langsung menghindar mereka terjebak dengan anasir-anasir yang tidak sihat yang sekarang cukup berluluwasa dewasa ini , inilah satu keadah dan satu cara yang terbaik dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat .

Turut hadir dalam perlawanan tersebut ialah Setiausaha PAS Kawasan Permatang Pauh Saudara Mansur Che Dan dan NYDP Pas Kawasan Hj Amir Hamzah .Pihak Penganjur amat menitik berat berhubung dengan Aurat semasa perlawanan bolasepak , kerana sebagai Jemaah Islam sesaorang pemain yg tidak menutup aurat yg lengkap tidak dibenarkan bermain . Sehinggakan pemain non muslim yang masuk pun terima syarat tersebut .

Sebanyak 31 pasukan telah pun menyertai kejohanan ini yg terdiri pasukan dari Pulau Pinang, Kedah dan juga utara Perak.Sambutan dari penduduk sekeliling dan peminat sukan bolasepak untuk menyaksikan pasukan-pasukan berentap juga amat mengalakkan. Pada perlawanan akhir menyaksikan pasukan Pemuda To' Kun FC berentap dengan pasukan Carribean FC dari Kulim dengan keputusan terikat 1-1 selepas tamat masa perlawanan.Juara terpaksa ditentukan dgn sepakan penalti yg berkesudahan pasukan Pemuda To' Kun muncul sebagai juara dan mengondol piala serta wang tunai RM1000.00 manakala pasukan Carribean FC mendapat RM700.00. Tempat ke-3 dan ke-4 juga ditentukan dengan sepakan penalti dimana pasukan Rantau Panjang Bersatu dari Perak mendapat tempat ke-3 manakala pasukan Bandar Perda FC mendapat tempat ke-4Lihat seterusnya..

Rabu, 8 Disember 2010

PERINGATAN KEPADA CAWANGAN-CAWANGAN - PERTANDINGAN BOLASEPAK PIALA YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Kepada Semua Pas Cawangan seluruh Permatang Pauh sila hantar borang penyertaan secepat mungkin .


Tarikh pengundian : 18/12/2010 Tempat : Surau Taman Pauh Indah.


Semua Cawangan mestilah menghantar sekurang-kurang 1 kumpulan atau lebih .


Sokongan daripada semua cawangan amat dialu-alukan . Ini Program kita kena ambil berat sama .


Naik 4 dalam 1

us Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan Pas Pusat


Sebagai kempen membantah kenaikkan 4-dalam-1 harga petrol, diesel, gas dan gula semua cawangan PAS di seluruh negara diminta menaikkan kain rentang di setiap kampung untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintaholeh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.


“PAS mengharapkan rakyat dapat 'sekolahkan' pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat.“Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen.


Paling memeranjatkan, kata Idris, hujah yang cuba memperbodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan. “Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak?” soalnya.Menurut Idris menimbulkan kesedaran politik itu, kain rentang berkenaan akan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang.Berikut cadangan perkataan di kain rentang yang akan dinaikkan di seluruh negara.

"Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula”“Barang Naik,Rakyat Kena Dulu”“Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”“Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”“Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”“Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”“Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”“Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”“Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN” “Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”

Rabu, 1 Disember 2010

UMNO SERAH KM KEPADA CINA , MANA KETUANAN MELAYU


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.“Hari ini, isu perlantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. “Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Umno serah kerusi Ketua MenteriNik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.“Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? “Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?” soalnya.Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno“Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?” soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.“'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. “Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Songkok tiga jengkal“Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai,” katanya.Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin. “Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. “YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

PERTANDINGAN BOLASEPAK PIALA YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH