Sabtu, 15 Oktober 2011

SULTAN KEDAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGUNG KALI KE -2 14.10.11

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun, demikian lapor Bernama.

Gambar: Kiri, Sultan kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru sementara Sultan Kelantan (sebelah kanan) sebagai Timbalan Yang di-Petuan Agong

Sementara, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ini adalah kali kedua, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong dan merupakan satu sejarah di negara ini kerana sebelum ini belum ada seorang sultan terpilih menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama Sultan Andul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 1970-1975 iaitu Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.

Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.

Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975
6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010
9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.

Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:

1. Negeri Sembilan
2. Selangor
3. Perlis
4. Terengganu
5. Kedah
6. Kelantan
7. Pahang
8. Johor
9. Perak

Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah and Sarawak.

Kuasa sebagai Raja Berperlembagaan

Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah:

1. Melantik seorang Perdana Menteri
2. Menangguhkan pembubaran parlimen
3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

UCAPAN SULTAN BRUNEI TENTANG HUKUM ISLAM

Selasa, 11 Oktober 2011

Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

Katanya, sekiranya terdapat undangan dari pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.

"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

"Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

"Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya.

Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Ketika insiden itu, kira-kira 25 penguatkuasa Jais, pihak polis dengan 2 buah kereta, Kadi Hulu Langat turut hadir bagi tujuan itu.

Bob yang juga penulis lirik lagu kesukaan ramai 'Isabella' diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan.

Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir ke pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan.

Mengulas perkara itu, Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali, mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.

Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan suatu tindakan yang tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang.

"Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya.

Sebelum beliau ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh kadi berkenaan.

"Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah di dalam ceramah saya itu tetapi hanya kerana tanpa tauliah.

"Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya.

Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati.

Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

"Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.

"Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah.

"Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau.

Ketika diminta hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat tengah hari ini, Bob Lokman turut sibuk ke Putrajaya untuk menyampaikan ceramah atas undangan pihak tertentu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno terlibat dalam pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) pada 3 Ogos lalu.

Antara jam 9.45 hingga 12 malam, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jais bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, No 2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.

Sementara itu, Adun Meru yang Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad telah ditarik balik tauliah oleh Jais.

Selasa, 4 Oktober 2011

TEKS UCAPAN BELANJAWAN KESEJAHTRAAN PAKATAN RAKYAT 2012 -4HB OKT 2011

TEKS UCAPAN BELANJAWAN KESEJAHTRAAN PAKATAN RAKYAT 2012 -4HB OKT 2011



MUQADDIMAH

1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.

2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan “Kesejahteraan Untuk Semua” ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.


NONEBAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT

4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.

5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?

6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.

7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;

b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;

c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;

d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan

e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.

9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.

10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.

BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK

11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”

12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.

13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.

14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.

15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.

16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.

17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.

18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.

19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion , apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?

20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak .

21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.

22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.

23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 2011 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.

24. Unjuran angka inflasi membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6% .

25. Makanya, tema “Kesejahteraan Untuk Semua” adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:

a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.

b.Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.

c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.

e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.

f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.


BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT

26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan .

27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.

28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.

29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.

30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.

31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.

32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.

33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.

34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:

a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;

b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;

c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;

e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;

f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;

g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;

h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;

i. Pelaksanaan skim “Bina dan Jual” secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan

j.Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.

BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA

35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.


36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.

37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.

39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.

40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.

41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.

42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).

43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;

b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;

c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;

d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;

e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;

f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;

g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan

h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.

BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI

44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.

45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.

46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.

47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.

48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:

a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;

b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;

c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan

d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.

BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA

49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.

50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.

51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.

52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:

a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;

b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan

c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT

53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.

54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.

55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.

56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan “salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba”.

57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.

58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.

59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:

a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;

b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;

c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH2.0;

d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;

e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan

f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.

PENUTUP

60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.

61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.

62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.

63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.

64. Sekian, terima kasih.

Isnin, 3 Oktober 2011

SAPA BUAT HOSPITAL .......UMNOOOOOO

Hudud: MCA jangan buat tuduhan liar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Resolusi persidangan MCA yang menyatakan hukum hudud menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu menunjukkan tahap kelemahan yang sangat ketara khususnya dari sudut maklumat dan pengetahuan asas tentang Islam dalam Umno Barisan Nasional.

Menurut Bernama, MCA telah meluluskan satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud bukan sahaja atas sebab ia bercanggah dengan rukun asas Perlembagaan Persekutuan, malah dituduh mereka, hukum hudud ini menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu.

“Kejahilan ini mencerminkan kepada rakyat betapa MCA yang menjadi komponen penting dalam BN selepas Umno, gagal menjaga perasaan umat Islam, sehingga meluluskan satu resolusi yang memalukan tentang Islam.

"Tidak timbul soal Islam menyekat kebebasan agama lain, atau menyekat amalan dan penghayatan agama lain,” terang Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan pagi ini.

Tuan Ibrahim juga menerangkan sekali lagi bahawa isu hudud bukanlah isu politik, ia adalah satu isu tuntutan agama untuk umat Islam. Beliau juga berharap tiada kengkangan dan campur tangan untuk mengutuk dan menghalang umat Islam dalam menghayati keperluan wajib agama mereka.

“Sehubungan itu, di atas sifat saling hormat menghormati dan toleransi beragama, golongan bukan Islam boleh tidak menyokong hudud, akan tetapi janganlah seperti MCA yang menuduh liar bahawa hukum hudud ini menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu,” nasihat beliau.

Tuan Ibrahim juga berhujah bahawa “Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (1993) dan Terengganu (2003) yang telah diluluskan dalam kedua-dua Dewan Undangan Negeri harus diterima” kerana “ia telah melalui proses sistem demokrasi yang diperakui oleh perlembagaan negara.”

“Kedua- dua enakmen ini hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja, Manakala golongan bukan Islam dikecualikan dari perundangan syarak kerana mereka bukan Islam,” terang beliau lagi.

PAS, katanya melihat suasana saling hormat-menghormati, memahami dan tidak mencampuri urusan agama lain perlu dikekalkan demi keharmonian negara.

Tambah beliau, rakyat Malaysia mesti memahami bahawa di sisi umat Islam melaksanakan perundangan Islam adalah sebahagian dari ajaran Islam yang mesti dilaksanakan, sebagaimana kewajipan sembahyang, puasa dan lain-lainnya.

“Perundangan Islam bersifat kawalan dan pencegahan agar masyarakat selamat dari anasir yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat dan negara, di samping menjamin keselamatan nyawa, harta benda, maruah manusia, akal dan agama.

"Ia juga merupakan tujuan utama syariah Allah diturunkan. Kerana itu, melaksanakan peraturan Islam adalah tuntutan maqasid syariah, bukan sebalik sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian golongan yang kurang arif tentang Islam,” terang Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tambahnya, PAS juga menyeru dengan baik agar golongan yang tidak mengerti tentang perundangan Islam dan bukan ahlinya agar tidak membuat komentar yang bertentangan dengan realiti perundangan Islam itu.

“Jangan kelirukan lagi benda yang suci yang diturunkan Allah ini. Lihatlah MCA, umat Islam boleh menilai sendiri kesan pemerintahan Umno terhadap nama baik Islam,” kata beliau lagi.

PAS, katanya juga mengharapkan pakar perundangan dan mereka yang berautoriti dari sudut syarak tampil memberikan pandangan mereka, seperti para mufti, alim ulamak dan lainnya agar membantu masyarakat memahami sistem perundangan Islam ini.

Kepada yang tidak menyokong perundangan Islam, kata Tuan Ibrahim boleh terus tidak menyokong, namun ingin ditegaskan bahawa adalah amat tidak adil sekiranya golongan ini menyeru umat Islam melupakan hasrat ini selama-lamanya.

“Dalam konteks demokrasi negara, tugas melaksanakan syariat Allah kini bergantung pada keinginan – bak kata, nak seribu daya, tidak nak seribu alasan.

"Antara PAS dan Umno, umat Islam kini boleh melihat dengan jelas siapa yang seribu daya, dan siapa yang mempunyai seribu alasan dalam melaksanakan dan menerangkan syariat Allah secara dakwah kepada semua lapisan masyarakat,” kata beliau.

AKSI TERBAIK

Khamis, 29 September 2011

PERUTUSAN TIMBALAN PRESIDEN PAS-TUAN HJ MOHD SABU

Perutusan
Timbalan Presiden PAS merangkap Pengerusi
Sambutan Enam Puloh Tahun PAS

Memperingati kelahiran dan kehadiran 60 tahun PAS ditengah-tengah persada politik Malaysia bukan sekadar satu perayaan biasa tetapi ia adalah satu peristiwa semasa bagi mempelajari dari masa lalu untuk menuju ke hari muka.
Hari ini kita bukan sekadar mensyukuri rahmat ALLAH dan anugerah NYA sebuah wadah umat
yang membawa berkat perjuangan mengangkat ma’aruf dan menggugat mungkar tetapi berusaha untuk menyempurnakan sebuah gagasan Islam yang lengkap.

Dikesempatan ini kita memperingati dan belajar dari Burhanuddin Helmi, Zulkifli Mohamad, Abbas Alias, Mohd Yusof Rawa, Fadzil Noor, dan sejumlah mujahid yang telah pergi. Hari ini kita bertekad untuk bergerak dengan lebih nekad merebut kemenangan dengan iltizam dan kebijaksanaan politik pakatan untuk mengganti barisan politik lama yang sudah ketinggalan zaman. Politik perkauman, politik adu domba, pecah perintah sudah tidak sesuai untuk bumi ini.

Politik baru yang berintipatikan Islam, keadilan dan demokrasi akan kita suburkan untuk generasi mendatang. Inilah tugas baru yang sedang berada di hadapan kita.Tugas besar sepertimana diperingatkan oleh Syaikh Mustapha Mashyur:

Tugas terbesar umat Islam ialah memimpin dunia, mengajar seluruh kemanusiaan kepada sistem Islam, membimbing kepada cara hidup Islam, kepada ajaran yang baik, kerana tanpa Islam manusia tidak mungkin mendapatkan bahagia.

Tugas ini bukan tugas juz’iyah, bukan tugas sampingan dan sebahagian-sebahagian. Bukan tugas yang hanya untuk mencapai tujuan terbatas dalam aspek politik, social dan ekonomi sahaja. Bukan pula hanya untuk suatu tempat atau daerah tertentu. Bukan pula terbatas kepada suatu bangsa dan tanahair tertentu. Akan tetapi tugasan ini merupakan satu tugas agung, yang meliputi segenap sisi kehidupan, demi kebaikan seluruh manusia dan kemanusiaan sejagat yang paling sempurna dan manfaat.”

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR



Haji Mohamad bin Sabu

SELAMAT DATANG KE SAMBUTAN 60 TAHUN PAS




Saya di antara orang yang paling gembira apabila mendengar PAS Pusat menerima cadangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk membawa PAS ke tapak asalnya di Pulau Pinang ketika PAS merayakan 'Sambutan 60 tahun PAS' di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 30 September hingga 1 Oktober ini.

(Kanan: Padang Bandaran Butterworth.)

Sebabnya kerana ahli PAS terutamanya generasi muda harus tahu sejarah perjuangan ulamak terdahulu yang keluar dari Umno lalu menubuhkan sebuah parti berteraskan Islam bukan main-main sebagaimana yang menjadi amalan kepimpinan Umno dari dulu sehinggalah sekarang.

Mereka menjadikan medan Padang Bandaran Butterworth yang kini lebih dikenali Padang Putra Merdeka sebagai tapak pelancaran parti Islam yang senantiasa utuh dari segi kepimpinan, perjuangan dan pendekatan walaupun terpaksa mengalami jatuh bangun akibat kepimpinanya yang terjun ke laut sebelum sampai ke daratan.

Namun begitu, PAS yang kian meningkat sokongan tahun demi tahun sudah matang dan memerlukan daya tahan yang lebih bagi memenangi hati rakyat pada pilihanraya umum. Natijah pembaharuan yang dibuat membuatkan pimpinan Barisan Nasional (BN) bagaikan cacing kepanasan bimbangkan terkuburnya sebuah pemerintahan yang sudah bertapak 50 tahun lebih.

(Kiri: Rumah almarhum Ustaz Fuad di Bukit Mertajam.)

Apabila datang ke sini nanti para tetamu usah membuang masa mundar mandir mencari barangan untuk dibawa balik sebagai cenderahati sahaja bahkan mesti mengambil langkah lebih kehadapan pergi meninjau sendiri tempat yang dikatakan tempat lahir PAS, rumah Yang Dipertua PAS pertama di Bukit Mertajam begitu juga Madrasah Al Masriyah yang pernah menjadi medan PAS membina kepimpinan dan lebih penting lokasi inilah juga merupakan catatan sejarah bertukarnya kepimpinan Datuk Asri Muda kepada Ustaz Yusof Rawa yang membawa kepada lakaran sejarah kepimpinan ulamak.

Waktu itu terciptalah satu gelombang yang melonjak nama PAS ke arena politik yang lebih mencabar. Ramai anak muda berkupiah putih, berserban, berjubah dan berjanggut berbanding dulunya nampak lebih 'simple'.

Jika ke Pokok Sena yang tidak jauh dari Dewan Millenium tempat berlangsungnya sambutan 50 tahun PAS itu para hadirin boleh singgah ke Madrasah Khariah Islamiah yang diterajui oleh Tuan Guru Ahmad Tuan Husein iaitu Ahli Parlimen PAS yang pertama.

Begitu juga anda boleh meninjau sendiri ke Masjid Al Jamiul Badawi yang mana anda boleh melihat sendiri sebuah bangunan yang ada dua beranda (serambi) yang mana suatu ketika dahulu merupakan tempat tarbiyah yang pertama di waktu Allahyarham Ahmad Badawi sebagai Ketua Pemuda manakala ayahandanya Tuan Guru Abdullah Fahim bertindak sebagai penasihat penubuhan.

Selepas itu pusat berkenaan berpindah pula ke Masriyah di Bukit Mertajam apabila Ustaz Ahmad Fuad dilantik sebagai Yang Dipertua PAS pertama.

Itulah antara lokasi yang menjadi kewajipan kepada para peserta sambutan ke 60 tahun PAS mesti lihat dengan mata kepala sendiri kerana tempat itu adalah koleksi perjuangan yang mesti terpahat di dada ahli PAS yang mahu melihat Islam didaulatkan di bumi Malaysia.

Sempena sambutan 60 tahun PAS itu pada 30 September akan berlangsungnya solat Maghrib dan hajat di Dewan Millenium bersama dua tokoh besar PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

(Kiri: Sekolah agama bersebelahan Masjid Al Jamiul Badawi merupakan pusat tarbiyah pertama PAS.)

Manakala pada malam yang sama juga forum perdana diadakan dengan tajuk 'PAS: Pembangkang dan Pemerintah Penyelamat Umat'. Antara ahli panelnya ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Salahudin Ayub, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Pada keesokan harinya, 1 Oktober jam 9.00 pagi, perasmian kongres Sambutan 60 Tahun PAS akan berlangsung dan diikuti pada sebelah petang berbagai program Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak termasuk pertandingan motorsikal klasik yang menggunakan plat 'PAS'.

Sementara itu sebelah malamnya akan diadakan 'Rapat Umum Perdana' yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Gurtu Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengeruasi dan Setiausaha Agung DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Rabu, 21 September 2011

MOHAMAD SABU DIDAKWA BEBAS DENGAN JAMINAN RM 15,000





BUTTERWORTH, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan.

Selain Hanipa, Mohamad turut diwakili peguam Amiruddin Zulkifli manakala pihak pendakwaan terdiri daripada Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof dan Suhaimi Ibrahim.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Malam tadi, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah di Tasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.

"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.

“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

Sebelum itu, peguam pemimpin PAS itu, Mohamed Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Pelbagai pihak membuat bantahan terhadap dakwaan ini dan menyifatkan ianya sebagai penyalahgunaan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Datuk Mahfuz Omar berkata, jika berdasarkan kenyataan yang mengguriskan hati, kenyataan beberapa profesor yang mengatakan negara ini tidak pernah dijajah juga wajar diambil tindakan.



Selasa, 6 September 2011


MAJLIS RUMAH TERBUKA

SEMPENA AIDIL FITRI 1432 HIJRAH

PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

TARIKH : 11HB SEPT 2011 ( AHAD )

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : PERKARANGAN SURAU TAMAN SUTERA , SEBERANG JAYA

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

DI JEMPUT HADIR

UMNO PENIPU BESAR

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno Pulau Pinang didakwa sengaja 'menyorokkan' satu lagi resit pembayaran kos rawatan kecederaan lutut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi meneruskan agenda fitnah mereka ke atas kerajaan Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam berkata, terdapat dua resit yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Selangor untuk bayaran rawatan pembedahan lutut Mohamad yang cedera dirempuh kereta polis semasa dalam perjalanan menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kedua-duanya adalah resit kos hospitaliti dan satu lagi resit kos konsultansi yang masing masing berjumlah RM5,060.54 dan RM3,373.50.

Sehubungan itu jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang adalah berjumlah RM8,434.05 yang sepenuhnya ditanggung PBA.

Bagaimanapun ujarnya, hanya satu resit didedahkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican manakala satu lagi seperti sengaja disembunyikan.

“Sebenarnya ada dua resit, tapi dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk…saya yakin ini semua telah diatur, ini semua fitnah (Umno),” ujar beliau pada sidang media semalam.

Turut serta pada sidang media itu, Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa.

Jaseni berkata, tidak berlaku sebarang salah guna kuasa dalam isu tersebut malah pembiayaan kos perubatan untuk Mohamad selaku ahli lembaga pengarah itu dibuat secara telus dan profesional.

Menjawab kewajaran PBA membiayaai rawatan terhadap Mohamad itu, beliau berkata ianya sebagai tanggungjawab korporat memandangkan Mohamad perlu menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBA pada 19 Ogos lepas.

“Inilah keprihatinan kami (PBA), inilah ‘manfaat perubatan’, ini adalah keputusan korporat.

“Sesetengah syarikat korporat ada yang menghantar ahli lembaganya pergi bercuti, tetapi ini tidak berlaku (dalam PBA),” ujar beliau.

Umno yang kini pembangkang di Pulau Pinang sebelum ini mempersoal tindakan PBA membiayai kos rawatan Mohamad yang didakwa tidak wajar kerana cedera akibat menyertai himpunan haram, sedangkan kecederaan itu berlaku sebelum himpunan berlangsung.

Dengan hanya mendedahkan resit kos hospitaliti berjumlah RM5,060.54, mereka juga mendakwa berlaku penyelewengan pembayaran itu kerana jumlah bayaran yang dibuat PBA lebih tinggi iaitu berjumlah RM8,434.05.

Padahal terdapat satu lagi resit kos konsultansi berjumlah RM3,373.50 yang tidak didedahkan.

Isnin, 5 September 2011

Kelab Putera 1Malaysia & Datuk Azeez Rahim Cari Publisiti Murahan, Nyawa Orang Lain Melayang







Inilah kerja Umno..takdak pasal cari pasal. dok elok2 pi cari penyakit. Sebelum nak cari publisiti murahan camni kena stanby dulu keperluan yang penting. Bukan pakai terjah pi macam tu saja. Sk menghormati setiap kerja amal yang dibuat oleh kebanyakan NGO. Sebelum ni 'Datuk T ' boleh hangpa bagi pakai baju kalis peluru masa masuk masjid nak angkat sumpah lahanat, bila pi somalia tempat perang tak bagi pula baju kalis peluru tu sorang satu. Apa kes macam ni?? baca ulasan dibawah.

Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan (gambar) menyalahkan pihak penganjur Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ekoran kematian jurukamera BernamaTv, Noramfaizul Mohd. Nor. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui facebooknya, Zaini membandingkan kerja amal luar negara yang dibuat oleh Mercy Malaysia yang tidak pernah kecoh dengan media pun.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.Kenyataan orang nombor dua media Umno ini dIsiarkan oleh Berita Harian


Berita Harian melaporkan:
Timbalan ketua pengarang utusan malaysia, Datuk zaini hassan bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan pihak penganjur misi bantuan kemanusiaan yang gagal menyediakan persediaan keselamatan akibat TERLALU MEMENTINGKAN PUBLISITI DARIPADA MEDIA.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.Kenyataan orang nombor dua media Umno ini dIsiarkan oleh Berita Harian


Penganjur missi ini adalah Kelab Putera 1 Malaysia yang dipimpin oleh Abdul Azeez Rahim yang juga Ketua Putera Umno. Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia adalah badan yang direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Melalui kenyataan Zaini jelas, missi kelab ini bukan sekadar mahu membantu tetapi juga sarat dengan missi politik iaitu untuk publisiti dan kini salah seorang wartawan Malaysia menjadi mangsanya. Selain Zaini, wartawan kanan Utusan Zulkiflee Bakar, juga mempersalah pihak penganjur kerana gagal membuat kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu negara sebelum menghantar bantuan bagi memberikan ruang kepada semua yang terbabit untuk membuat persediaan.

ISU KEMERDEKAAN - MARI BERDEBAT CARI JALAN KELUAR


Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.

PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain, yang bangun menentang penjajah. Tetapi malangnya jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab.

Di sebalik tuduhan golongan ini, adakah mereka sengaja tak mengendahkan fakta-fakta pelbagai aspek? Contohnya masa kejadian berlaku, kenapa kerajaan Johor mengiktiraf perjuangan mereka dan kenapa Mat Indera diberi tauliah mengajar agama di Johor – sehinggakan menggelar sesiapa yang memberikan pandangan berlainan terhadap versi sejarah mereka sebagai pengkhianat dan penyokong komunis?

PAS hanya mampu ketawa besar apabila parti dituduh media perdana dan para pemimpin Umno sebagai penyokong komunis hanya kerana ingin membela tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah tanah air.

Tuduhan Umno ini bukan sekadar lawak terbesar, malah jenaka terbodoh abad ini kerana antara PAS dan perjuangan komunis langsung tiada titik persamaan!

Seperti kata Tuan Guru Presiden PAS : "PAS adalah sebuah Parti Islam, dan kita menentang semua samada British, Jepun serta komunis. Umno pula akan menyokong mana-mana kumpulan yang berkuasa dan boleh memberi keuntungan kepada mereka."

Tuduhan Umno terhadap PAS seolah-olah nak samakan parti Islam ini dengan parti mereka yang terkenal kerana bertulang-belakangkan ‘kuasa dan hanya kuasa’ saja, di mana segala dasar boleh dijual-beli untuk tujuan mendapatkan kuasa.

Selain itu, tindakan Umno ini juga benar-benar menggambarkan parti tersebut ketandusan modal bagi menyerang PAS, yang saban hari dilihatnya sebagai parti yang semakin mampu memberikan tentangan terhebat kepadanya, malah menundukkannya dalam 'head-to-head' pada PRU-13.

Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama 9 hari ini, rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat, mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah.

Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicop sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis.

Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan.

Sehubungan itu, PAS sedia berdebat secara ilmiah terbuka dengan Umno pada bila-bila masa bagi menghurai kekusutan ini.

Atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat penimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.

Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang.

KETUA PENERANGAN PAS PUSAT


Tajuk 'posting' yang sinis ini menggambarkan betapa sukarnya mencari penulisan sejarah oleh manusia yang jujur, kerana majoriti penulis sejarah menulis dari perspektif di pihak mana mereka berada dan ada yang menulis di bawah kawalan ketakutan dan telunjuk golongan berkuasa.

Umum menyedari bahawa penulisan sejarah akan menyebelahi golongan yang akhirnya mendapat kuasa iaitu golongan yang menang. Manakala bagi golongan yang kalah pula, sejarah yang ditulis, walaupun bercanggah dengan fakta, mereka tidak berani untuk berterus-terang untuk menyerang kerana kebesaran risiko dan tekanan yang mereka terpaksa hadapi.

Bahkan, jika ada mereka yang berani, lazimnya sejarah yang ditinggalkan mereka akan dihapuskan oleh golongan yang menang supaya generasi seterusnya hanya terus mengagong dan mengenang jasa golongan yang menang demi kepentingan masing-masing.

Akibatnya golongan yang tertewas ini lebih selesa menulis puisi, cerpen dan novel bagi meluahkan bantahan dan penentangan mereka terhadap satu-satu isu atau tohmahan yang dilemparkan kepada mereka. Maka lahirlah kata-kata sinis "yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi".

Sejarah, sifatnya ialah peninggalan untuk dinilai, difahami, dipelajari dan diambil iktibar terhadap sesuatu yang pernah berlaku. Jarang sekali ia adalah untuk mencari kesalahan mana-mana pihak ketika peristiwa sejarah tersebut berlaku.

Namun, segalanya menjadi terbantut apabila fakta sejarah yang ditinggalkan tidak boleh dibahaskan, tidak boleh dicabar dan tidak boleh dibincangkan secara akademik, terutamanya apabila muncul dua-tiga versi fakta sejarah yang bercanggah mengenai sesuatu peristiwa.

Akibat penulisan sejarah yang tidak tepat itulah, timbulnya usaha untuk menilai semula, membahas, perbincangan ilmiah dan diskusi mengenai satu-satu fakta sejarah dari pelbagai sudut.

Namun, harus diingat, perkara yang paling malang dalam proses penulisan sejarah berkisar kepada mereka yang telah tiada untuk membela diri mereka terhadap penulisan yang tidak tepat terhadap mereka dalam penulisan sejarah.

Kemunculan waris-waris untuk membela bagi pihak bapa, ibu atau waris mereka juga menambahkan warna-warni kepada perdebatan bahan sejarahnamun, apakah ianya tepat? Sudah tentu, ia masih boleh dipertikai lagi.

Secara tidak sedar, rakyat dan negara kini sedang mencipta dan mencatitkan sejarah tersendiri.

Apakah sejarah yang sedang kita lakar kini, sebagai contoh apa yang berlaku 20 tahun yang lalu untuk generasi masa depan, akan atau telah dibuat secara jujur?

Jawapannya masih sama. Ianya tidak jujur kerana adanya kepentingan golongan pemerintah dalam menjaga minda generasi seterusnya pada waktu ini, dengan anggapan bahawa mereka akan kekal berkuasa.

Sebagai contoh, sejarah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya dibahas pada masa hadapan, apakah versi yang bakal dicatat dalam sejarah?

Kita tidak perlu melihat jauh, untuk seseorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden Umno dan Perdana Menteri suatu waktu dahulu, sekarang sudahpun ditulis dan digerombol oleh pihak pemerintah dalam wajah baru sebagai pengkhianat, penentang kerajaan dan selainnya sekiranya akhbar-akhbar pro-kerajaan pemerintah kini dijadikan rujukan sejarah pada masa hadapan.

Mana catatan terhadap jasa beliau dalam membangunkan negara, malah memajukan Umno suatu masa dahulu? Adakah ia akan dicatat dalam sejarah kerajaan Barisan Nasional, atau akan dipadamkan begitu sahaja? Adakah dalam carta sejarah kepimpinan Umno, gambar Timbalan Dr Mahathir ini pada 1990-an akan dihilangkan begitu sahaja dalam sejarah?

Sejarah apa pula mengenai beliau yang akan dituliskan dalam buku sejarah yang bakal diajar kepada pelajar pada masa depan?

Demikian juga dengan sejarah Tuan Guru Presiden Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar Terengganu yang cuba dibuang dari sejarah, sehinggakan gambar beliau sebagai Menteri Besar cuba dihilangkan.

Inilah realiti dalam permainan penulisan sejarah manusia oleh golongan yang menang, yang menjadi punca utama pahlawan-pahlawan negara yang bangun berjuang bermati-matian seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datok Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datok Maharajalela dan Si Puntong di Perak, Dol Said di Negeri Sembilan dan puluhan pimpinan yang lain kini hilang dari sejarah.

Yang muncul, dicatat, dihargai malah tidak boleh dipertikaikan hari ini hanyalah pejuang yang diterima oleh Inggeris dalam sejarah penjajahan mereka terhadap Tanah Melayu. Sesiapa yang ingin mengungkit semula jasa golongan yang tertewas, walaupun jasa mereka berharga akan terus dicop sebagai pengkhianat atau penyokong golongan tertentu dan cuba mengubah sejarah negara oleh pihak pemerintah.

Benarlah juga, mereka yang diterima sebagai pejuang oleh penjajah Inggeris ada jasa dalam usaha memerdekakan negara, namun pada masa yang sama benarlah juga ungkapan di atas "Yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi".

Janganlah kita lupa pula dengan pejuang rakyat yang tidak diiktiraf, malah digelar sebagai pengganas oleh pihak penjajah atau golongan pemenang, mereka juga ada jasanya yang patut dimartabatkan dalam sejarah negara.

Biarlah para pembaca sejarah menilai kedudukan tokoh-tokoh negara pra-kemerdekaan yang tercatit dalam sejarah ini secara peribadi dengan fakta sejarah yang cukupwalaupun kesudahan tafsiran mereka mungkin bercanggah dengan versi sejarah yang dihasratkan, pihak pemerintah dinasihatkan jangan pula cepat mencela mereka ini.

Kerana ini adalah fenomena yang bagus untuk negara yang menunjukkan rakyat semakin matang dalam mengkaji maklumat yang diterima mereka sebelum menerimanya bulat-bulat tanpa soal selidik seperti dulu.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
3 September 2011