Jumaat, 2 Julai 2010

PERKARA BIASA DAN PERKARA PELIK

KARPAL , KRITIK NEGARA ISLAM PERKARA BIASA , UMNO TOLAK NEGARA ISLAM PERKARA PELIK

Kita tidak pelik jika Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak negara Islam kerana beliau bukan beragama Islam dan tidak faham agama Islam sepenuhnya. Tetapi YANG PALING PELIK DAN HAIRAN ialah MENGAPA UMNO MENOLAK NEGARA ISLAM DAN PERJUANGAN ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS.

Sejak sekian lama Umno menentang PAS dan berusaha untuk membunuh PAS siang dan malam tanpa berhenti. Tidak mereka tahu dasar PAS ialah AL-Quran dan Al Sunnah, seruan PAS ialah Allahu Akhbar. Ini semua termaktub secara jelas di dalam perlembagaan dan undang-undang tubuh PAS. TETAPI mengapa Umno masih mahu menentang PAS.

Namun Umno tidak sedar bahawa penentangan Karpal Singh terhadap dasar Islam adalah kerana beliau tidak faham dan tidak pernah belajar agama tetapi pemimpin dan ahli Umno yang mengaku Islam dan sesetengah bergelar Ulama dan Ustaz pula yang menentang PAS - INI SESUATU YANG PELIK.

Tiada ulasan:

Catat Komen