Jumaat, 18 Jun 2010

GULA OH GULA - APA PEMIMPIN BN BUAT


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu kerajaan menambahkan permit import (AP) bagi gula dan segera menyelesaikan mogok yang yang dilakukan oleh Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang bermula hari ini.




Tindakan 20 ribu ahli persatuan ini mungkin tidak akan menjejaskan rakyat yang tinggal dibandar besar kerana mempunyai pasaraya besar yang mudah dikawal oleh kerajaan, tetapi secar tidak langsung ia akan memberikan masalah kepada rakyat diluar bandar.
PAS melihat bahawa tindakan kerajaan memperkenalkan lesen penjualan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung merumitkan lagi masalah kekurangan barang-barang ini dipasaran. Walaupun pada masa ini lesen ini diberikan secara percuma, tetapi sambutannya amat sedikit. Hanya 1500 peruncit sahaja yang mengisi borang berbanding dari 70 ribu yang ada.




Keengganan para peruncit memberikan kerjasama amat mengecewakan rakyat. PAS yakin dari lebih 70 ribu peruncit diseluruh negara, majoriti mereka tidak bersetuju dengan kempen boikot ini. Walaubagaimana pun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlulah turun padang dan meningkatkan penguatkuasaan merek



Tiada ulasan:

Catat Ulasan