Isnin, 31 Mei 2010

KENYATAAN AKHBAR - ISU PULAU PINANG "MAIN POLITIK " HARAM JUDI BOLA


TUAN HJ OMAR BIN HASSAN
YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


YB DATUK ARIFF SHAH
ADUN SEBERANG JAYA


KENYATAAN AKHBAR:


TARIKH : 30/5/2010



OLEH: YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH, TN HJ OMAR HASSAN



TAJUK:BERHUBUNG KENYATAAN YB SEBERANG JAYA , DATUK ARIFF SHAH, ATAS ISU PENGHARAMAN JUDI BOLASEPAK OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.



Merujuk kepada Kenyataan ,Yb Datuk Ariff Shah, Adun Seberang Jaya, Malaysia kini tarikh:29.5.10, bertajuk: PULAU PINANG” MAIN POLITIK “ HARAM JUDI BOLA
Maka Pas Kawasan Permatang Pauh , menyatakan kekesalan terhadap kejahilan Yb Datuk Ariff Shah dalam isu judi khususnya berkaitan dengan agama. Ini Kerana , judi merupakan satu larangan keras dari Allah sebagaimana firmannya “ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “Al Maidah ayat 90.



Kejahilan ini teserlah apabila beliau mengakui bahawa judi dilarang dan ditolak oleh semua agama , tapi dalam masa yang sama demi membodek dan mengampu ketuanya sehingga beliau sanggup membelakangkan hukum agama, dengan menyokong kelulusan Keputusan kerajaaan Pusat meluluskan lesen judi bolasepak.



Pas Kawasan Permatang Pauh menyokong pengharaman meyeluruh Judi Sukan Bola khususnya dan judi-judi lain amnya di Negeri Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng.

Beliau telah berusaha melaksanakan apa yang telah diperjuangkan oleh PAS selama ini.Ini kerana Judi adalah haram disisi semua agama . Judi juga boleh menghancurkan Institusi Kekeluargaan itu sendiri .

Pas Kawsan Permatang Pauh, meyeru kepada YB Seberang Jaya supaya memohon maaf secara terbuka kepada semua pengundi DUN Seberang Jaya khususnya dan kepada umat Islam seluruhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan