Isnin, 22 Februari 2010

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Terbukti undang-undang manusia gagal menangani masalah maksiat, zina dan sebagainya. Allah telah menjadikan undang-undangNya yang adil, berkesan dan ada barokah. Namun manusia masih bebal, bongkak dan degil masih tidak mahu kembali kepada jalan Allah.

Akhirnya masalah di bawah ini yang kita hadapi sekarang. Malangnya pihak berkuasa hari ini masih terus memandang perkara ini sebagai tidak penting dan remeh. Punca-punca maksiat terus dibiarkan malah digalakkan pertumbuhannya.

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiridaripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidakberkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahirananak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nomborsijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagianbawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpacatatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan padasetiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kespendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahirankelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003)30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkanadalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

Ahad, 21 Februari 2010

PROGRAM MEMPERKASAKAN PAS- ANJURAN PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


HJ AMIR - NAIB YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH
PENDAFTARAN KAK SALMAH DAN ARMAN WAKIL BANDAR PERDA YANG HADIR
HJ AMIR - TAMAN HJ MOHD AMIN


Sabtu, 20 Februari 2010

LAJNAH PERPADUAN NASIONAL , MUSLIMAT & NISA KAWASAN PERMATANG PAUH-PROGRAM SEMPENA TAHUN BARU CINA - BERTEMPAT DI MENGKUANG DAM

YDP TUAN HJ OMAR HASSAN MEMBUKA TIRAI PROGRAM DENGAN MEMBERI BUNGUKUSAN SEMPENA CNYZAMANI ABDULLAH LAJNAH PERPADUAN NASIONAL BANDAR PERDA TURUT MENJAYAKAN PROGRAM INIKETUA LAJNAH PERPADUAN NASIONAL KAWASAN PERMATANG PAUH
JAMSARI SAMAD ORANG PENTING DALAM PROGRAM INI GENG MUDA TIONGHUA PUN MENJADI SASARAN KAMI
NISA TURUT SERTA
MEREKA BERASA MEREKA DIRAIKAN
TOKAY JANGAN LUPA -PAS FOR ALLASO - TERIMA INI SUMBANGAN CNY
TERIMA KASIH MEMBER PAS GENG MAKAL SAKTI JUGA DAPAT BUAH LIMAU - MEREKA KATA MEREKA ORANG DATO' SERI NIZAR
ZAMANI BAGI HABIS - MACAM AMA AJA

HEBAT ZAMANI - KENA KURUMUN

ADIK KITA MELAYU JUGA KITA BAGI

KETUA DAN S/U LAJNAH PERPADUAN NASIONAL


Rabu, 17 Februari 2010

APAKAH ISLAM MEWAJIBKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar."Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa.
Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau.Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah."(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno."Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri."Guna agama untuk kepentingan politik.
Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka," katanya.Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara."Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah."Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak," katanya.Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi."Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud.
Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun."Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno," katanya.Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.
Sumber : Harakah Daily.

Presiden PAS Selamatkan Mangsa Lemas Di Pantai Rusila


MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.
(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya."Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.
Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu."Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai."Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya

dalam facebook beliau.Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya."Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat."Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.
Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.Harakahdaily.net/-

Sabtu, 13 Februari 2010

WALAUPUN CM NAK MAKAN BESAR CNY BELIAU SANGGUP TURUN BERSAMA RAKYAAT - SYABAS CM - PAS KAWASAN PERMATANG PAUH MENGUCAPKAN SELAMAT KONG HEE FAT CHOI




YAB BETTY CHEW GEK CHENG DAN PUAN NORMAH TURUT HADIR

HADIRIN YANG HADIR KE CERAMAH JAWAB FITNAH- KAMPUNG PELET

ABANG INI KATA UTUSAN DOK BOHONG KITA .................
RIBUAN HADIRIN YANG HADIR CUKUP PADAT
MACAM MANA BN UMNO KATA PR SUDAH DITOLAH RAKYAAT
US CHROI PUN MAI BAGI SOKONGAN DAN CERAMAH
YB MALIK DAN US SHAHRIL LONG

GEGER JUARA RAKYAAT - JAWAB FITNAH - PULUHAN RIBU SERBU KAMPUNG PELET

TUAN HJ MOHD SABU - AJK PAS PUSAT
CM PENANG YAB TUAN LIM GUAN ENG
TIMBALAN CM 1 - YB DR MANSOR OSMAN
US SHAHRIL LONG

TUAN HJ OMAR HASAN - YDP PAS KAWASAN PTG PAUH

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG BERKOLOMPOK CAWANGAN-CAWANGAN-PAS PERMATANG PAUH - YB US FIRDAUS JAAFAR AHLI PARLIMEN JERAI


YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH - TUAN HJ OMAR HASSAN


EXCO PAS KAWASAN PERMATANG PAUH DAN YB US FIRDAUS
YB. US FIRDUS JAFAR- PARLIMEN JERAI

HADIRIN YANG HADIR

MUSLIMAT YANG HADIR

US BADRUL , MANSOR CHE DAN & YB US FIRDUS

S /U KAWASAN AHMAD KAMAL DAN HADIRIN YANG HADIR

PAS KAWASAN PERMATANG PAUH DAN KARNIVAL PENANG HARMONI

PERASMIAN OLEH TUAN GURU DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - MURSYIDUL AM



YDP HJ OMAR HASSAN DAN YB SIVAKUMAR

YB DATUK SERI IR NIZAR - MB PAKATAN RAKYAAT PERAK
YB. DATO' MAHFUZ OMAR -NAIB PRESIDEN PAS

YDP HJ OMAR HASSAN DAN YB.US SALLEH MAN ( ADUN PTG PASIR )
YB SALLEH MAN DAN DATO'TUAN IBRAHIM TUAN MAN ( NAIB PRESIDEN PAS )

YB MALIK KASSIM -EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG