Ahad, 2 Januari 2011

TENANG OH TENANG


TASEK GELUGOR, 2 Jan: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berkata, jentera PAS negeri pastinya akan bekerja secara bersungguh-sungguh di Dun Tenang seperti mana jentera negeri lain yang datang memenangkan calon PAS ketika Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pasir."Insya Allah saya akan pastikan semua jentera PAS Pulau Pinang bergerak ke Tenang, Johor. Saya sendiri akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Pilihanraya (JPN) PAS Negeri bagi melihat strategi dan lokasi yang PAS Johor cadangkan untuk Pulau Pinang bertapak," jelasnya.Beliau yakin kedatangan jentera PAS Pulau Pinang akan memeriahkan keadaan sekaligus membantu jentera PAS di Tenang yang barangkali kekurangan pengalaman berbanding jentera yang dihantar oleh negeri.Budaya politik di Johor, katanya sama sahaja dengan Pulau Pinang di mana orang Melayu masih sayangkan Umno walaupun tahu ia adalah parti yang tidak boleh diharapkan.Apa pun, katanya sebagai parti yang diamanahkan bertanding mewakili Pakatan Rakyat, PAS perlu mencari di mana kelemahan Umno sebelum merencanakan gerakan bersepadu untuk menghalang kemaraan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRK itu menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak."Memandangkan senario politik di Johor sama dengan Pulau Pinang menyenangkan jentera kita mencetuskan perancangan yang lebih berkesan," tegas beliau.Beliau yakin dalam masa terdekat surat perkeliling mula dikeluarkan oleh JPN bagi menyenangkan penghantaran petugas mengikut kawasan seperti mana lazim dibuat sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan