Ahad, 26 Jun 2011

TAWARAN LUMAYAN MENANTI PESERTA BERSIH 2.0



Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
22 Rejab 1432 H | 23 Jun 2011

Berdasarkan pengalaman dalam himpunan-himpunan aman lalu, pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pelbagai tindakan provokasi bagi memburukkan PAS, penganjur dan para peserta. Tindakan tersebut mungkin akan dilakukan sekali lagi oleh mereka pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, malah mungkin akan lebih ketara lagi.

Bagi membolehkan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu diketahui umum dan diambil pengajaran, tawaran lumayan akan diberikan kepada yang berjaya merakamkan gambar provokasi terbaik.


"Aksi-aksi yang dirakam itu pula tentunya pelbagai. Ada yang menarik, agak menarik, kurang menarik dan tidak menarik. Jadi untuk membolehkan kita mendapatkan rakaman insiden-insiden provokasi yang menarik, PAS akan menyediakan hadiah lumayan bagi mereka yang berjaya merakam gambar terbaik," kata Dato' Tuan Ibrahim pada sidang akhbar bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

"Ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak perlu takut untuk menyertai himpunan itu kerana ia diadakan atas tujuan yang murni oleh Bersih bagi menuntut perjalanan pilihanraya yang adil. Walaupun begitu, jangan sekali-kali membawa senjata.
"Himpunan itu adalah himpunan aman. Jika membawa senjata dibimbangi akan mencetuskan kejadian tidak diingini pula. Tujuan himpunan itu diadakan amat jelas, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita dan desakan itu mestilah didengar oleh kerajaan," tegasnya.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa himpunan ini akan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau menjelaskan dakwaan tersebut datang dari mereka yang tidak memahami apa itu demokrasi.
Jangan bawa senjata, memadai
tuala basah, cuka dan garam

"Sesuai dengan perhimpunan aman yang diadakan, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap negara jika diadakan, malah ia akan menimbulkan penghormatan rakyat asing itu sendiri terhadap negara kita apabila mereka dapat melihat dengan jelas sikap rakyatnya yang sentiasa menjaga keamanan termasuk ketika berdemonstrasi.

"Manakala pelancong pula bukan hanya terdiri daripada warga asing. Malah rakyat di negara ini yang berkunjung ke sesuatu destinasi itu juga adalah pelancong," jelasnya.
Bagi keselamatan diri, beliau menasihatkan mereka yang ingin menyertai himpunan itu agar membawa tuala basah, cuka dan garam untuk digunakan sekiranya diserang dengan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa.

Sabtu, 11 Jun 2011

" ANAK MUDA GENG KITA " TELAH MENGHASILKAN LEBIH 60 ORANG ANAK MUDA MASUK MENJADI AHLI PAS DI KAMPUNG PELET

TAK BOLEH BERHENTI KA ?
US YUSNI MAT PIAH - KETUA PEMUDA PAS P.PINANG
MENERIMA BORANG AHLI BARU SERAMAI 60 ORANG PEMUDA KAMPUNG PELET

KEBETULAN ADA BOLA - SKRIN BESAR TELAH DI SEDIAKAN UNTUK PEMUDA TENGOK BOLA" PEMUDA GANG KITA "

SANUSI P/SU DAN EN ISMAIL KETUA PENERANGAN CAWANGAN KG PELET
AYAM MADU

US YUSNI & WAN KETUA CAWANGAN KG PELET

SU MANSOR CHE DAN
US HJ WAN RAFIE -KETUA PEMUDA PAS KAWASAN PMTG PAUH -MENYAMPAIKAN NET DAN BULU TANGKIS KEPADA WAKIL PEMUDA
TOKE LAKSA





DI DALAM KEKALUTAN BN MENGHENTAM PAS DEPAN- BELAKANG , KIRI- KANAN ,SIANG-MALAM .OOOOOOOOOOOO ADA HIKMAHNYA , SEMACAM PAS TELAH DI PROMOSIKAN SECARA TIDAK LANGSUNG . ITU MENYEBABKAN SERAMAI 60 ORANG ANAK REMAJA MEMILIH PAS SEBAGAI WADAH PERJUANGAN . PAS KAWASAN PERMATANG PAUH MENGUCAPKAN SYABAS KEPADA PEMUDA-PEMUDA KG PELET . KITA BERHARAP MASIH RAMAI LAGI AKAN DATANG KEPADA PAS INSYALLAH .

Rabu, 8 Jun 2011

Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Dr Mahathir " BERTAUBAT "


Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” supaya menggunakan sisa-sisa kehidupannya dengan bertaubat atas segala salah laku silamnya.

Karpal berkata Dr Mahathir banyak melakukan kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak melakukan kesalahan kepada negara dan rakyat yang sehingga kini beliau langsung tidak pernah memohon maaf.Menurut Karpal sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.

Di mana Dr Mahathir hendak letakkan mukanya apabila Karpal bangkit menjawab tuduhan Dr Mahathir di dalam blog peribadinya mengenai isu negara Islam. Karpal menyuruh Mahathir bertaubat kerana usianya sudah senja tidak patut campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Mahathir dalam blognya menuduh Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

Menurut Mahathir, PAS sudah pun lari dari perjuangan apabila tidak lagi meletakkan agenda penubuhan negara Islam sebagai matlamat. Tuduhan Mahathir jauh meleset kerana PAS tidak pernah mengubah perlembagaanntanya yang berjuang untuk menegakan Islam dengan dipandu oleg Al Quran dan sunnah Nabi S.A.W.

Mahathirlah sepatutnya belajar Iqra' dan fardhu ain semula kerana terus menerus memusuhi perjuangan Islam.

BARISAN KEPIMPINAN BARU - TAHNIAH - MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN


















Muktamar PAS Pusat 2011- Antara wakil Kawasan Permatang Pauh