| Perutusan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengerusi Sambutan Enam Puloh Tahun PAS | |
![]() | Memperingati kelahiran dan kehadiran 60 tahun PAS ditengah-tengah persada politik Malaysia bukan sekadar satu perayaan biasa tetapi ia adalah satu peristiwa semasa bagi mempelajari dari masa lalu untuk menuju ke hari muka. Hari ini kita bukan sekadar mensyukuri rahmat ALLAH dan anugerah NYA sebuah wadah umat |
Dikesempatan ini kita memperingati dan belajar dari Burhanuddin Helmi, Zulkifli Mohamad, Abbas Alias, Mohd Yusof Rawa, Fadzil Noor, dan sejumlah mujahid yang telah pergi. Hari ini kita bertekad untuk bergerak dengan lebih nekad merebut kemenangan dengan iltizam dan kebijaksanaan politik pakatan untuk mengganti barisan politik lama yang sudah ketinggalan zaman. Politik perkauman, politik adu domba, pecah perintah sudah tidak sesuai untuk bumi ini.
Politik baru yang berintipatikan Islam, keadilan dan demokrasi akan kita suburkan untuk generasi mendatang. Inilah tugas baru yang sedang berada di hadapan kita.Tugas besar sepertimana diperingatkan oleh Syaikh Mustapha Mashyur:
“Tugas terbesar umat Islam ialah memimpin dunia, mengajar seluruh kemanusiaan kepada sistem Islam, membimbing kepada cara hidup Islam, kepada ajaran yang baik, kerana tanpa Islam manusia tidak mungkin mendapatkan bahagia.
Tugas ini bukan tugas juz’iyah, bukan tugas sampingan dan sebahagian-sebahagian. Bukan tugas yang hanya untuk mencapai tujuan terbatas dalam aspek politik, social dan ekonomi sahaja. Bukan pula hanya untuk suatu tempat atau daerah tertentu. Bukan pula terbatas kepada suatu bangsa dan tanahair tertentu. Akan tetapi tugasan ini merupakan satu tugas agung, yang meliputi segenap sisi kehidupan, demi kebaikan seluruh manusia dan kemanusiaan sejagat yang paling sempurna dan manfaat.”
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR
Haji Mohamad bin Sabu


Saya di antara orang yang paling gembira apabila mendengar PAS Pusat menerima cadangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk membawa PAS ke tapak asalnya di Pulau Pinang ketika PAS merayakan 'Sambutan 60 tahun PAS' di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 30 September hingga 1 Oktober ini.
Namun begitu, PAS yang kian meningkat sokongan tahun demi tahun sudah matang dan memerlukan daya tahan yang lebih bagi memenangi hati rakyat pada pilihanraya umum. Natijah pembaharuan yang dibuat membuatkan pimpinan Barisan Nasional (BN) bagaikan cacing kepanasan bimbangkan terkuburnya sebuah pemerintahan yang sudah bertapak 50 tahun lebih.
Jika ke Pokok Sena yang tidak jauh dari Dewan Millenium tempat berlangsungnya sambutan 50 tahun PAS itu para hadirin boleh singgah ke Madrasah Khariah Islamiah yang diterajui oleh Tuan Guru Ahmad Tuan Husein iaitu Ahli Parlimen PAS yang pertama.
Sempena sambutan 60 tahun PAS itu pada 30 September akan berlangsungnya solat Maghrib dan hajat di Dewan Millenium bersama dua tokoh besar PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
BUTTERWORTH, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.




